Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seseorang hamba; Dia jadikan untuknya pembimbing dari dirinya (sendiri) yang akan menyuruhnya dan melarangnya

Teks Bahasa Arab

إذا أراد اللهُ بعبدٍ خيرًا جعل له واعظًا من نفسِه يأمرُه وينهاهُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seseorang hamba; Dia jadikan untuknya pembimbing dari dirinya (sendiri) yang akan menyuruhnya dan melarangnya.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1991, hadis no. 9973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا أراد الله بعبد خيرا، جعل له واعظا من نفسه يأمره وينهاه)). [فر، ((الضعيفة)) (2124)]

(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seseorang hamba; Dia jadikan untuknya pembimbing dari dirinya (sendiri) yang akan menyuruhnya dan melarangnya”. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2124].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.