Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا أخذَ اللهُ ميثاقَ العبادِ؛ جُعِلَ في الحجَرِ، فمَن الوفاءِ بالبيعةِ استِلامُ الحجرِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah mengambil kata janji seorang hamba, ia diletakkan al-Hajar (al-Hajar al-Aswad). Antara perbuatan menepati baiah yang telah dilakukan ialah melambai kepada al-Hajar.
Sahabat Perawi
- al-Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1912, hadis no. 9604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين رضي الله عنه قال رسول الله ﷺ: لما أخذ الله ميثاق العباد؛ جعل في الحجر، فمن الوفاء بالبيعة استلام الحجر. [الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (5818)]
(Palsu) Daripada al-Husain RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah mengambil kata janji seorang hamba, ia diletakkan al-Hajar (al-Hajar al-Aswad). Antara perbuatan menepati baiah yang telah dilakukan ialah melambai kepada al-Hajar. [Riwayat al-Dulabi dalam al-Zurriyyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5818]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman