TEKS BAHASA ARAB
حديث: لما خلق الله العقل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Apabila Allah menciptakan akal…
STATUS
Tidak palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 149, hadis nombor 438. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
تقدم الْكَلَام عَلَيْهِ فِي حرف الْهمزَة أَنه مَوْضُوع. قَالَ السُّيُوطِيّ: بَالغ فِي إِنْكَاره الزَّرْكَشِيّ وَابْن تَيْمِية. وَقد وجدت لَهُ أصلا صَالحا فَأخْرجهُ عبد الله بن أَحْمد فِي زَوَائِد الْمسند عَن الْحسن يرفعهُ. قَالَ: وَهَذَا مُرْسل، جيد الْإِسْنَاد، وَهُوَ فِي مُعْجم الطَّبَرَانِيّ فِي الْأَوْسَط مَوْصُول من حَدِيث [أبي أُمَامَة و] من حَدِيث أبي هُرَيْرَة بِإِسْنَادَيْنِ ضعيفين. انْتهى. لَكِن نقل ابْن قيم الجوزية عَن جمع مِنْهُم الْعقيلِيّ: لَا يَصح فِي الْعقل حَدِيث. انْتهى. قلت: وَحَيْثُ اخْتلف فِيهِ لَا يحسن الحكم عَلَيْهِ بِالْوَضْعِ.
Hadith: “Apabila Allah menciptakan akal…” telah kita sebutkan perbahasannya pada huruf hamzah bahawa ia palsu. Al-Suyuti berkata: al-Zarkasyi dan Ibn Taymiyyah sangat mengingkari hadith ini. Aku menjumpai asal yang kuat baginya. Abdullah bin Ahmad meriwayatkan dalam Zawa’id daripada al-Hasan secara marfu’. Ini adalah hadith mursal yang baik sanadnya. Hadith ini terdapat dalam Mu’jam al-Awsat karya al-Tabarani bersambung sanadnya daripada hadith Abu Umamah dan daripada hadis Abu Hurairah dengan dua sanad yang lemah. Akan tetapi Ibn al-Qayyim menukil daripada sekumpulan ulama termasuk al-‘Uqayli: Tidak sahih satupun hadith berkenaan dengan akal. Aku berkata: Oleh kerana para ulama berselisih pendapat, maka tidak boleh dihukumkan hadith palsu.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.