Apabila Allah meluaskan rezeki kepadamu maka luaskanlah ia ke atas dirimu

TEKS BAHASA ARAB

إذا وسع الله عليكم؛ فأوسعوا على أنفسكم، جمع رجل عليه ثيابه، صلى رجل في إزار ورداء، في إزار وقميص، في إزار وقباء، في سراويل وقميص، في سراويل ورداء، في سراويل وقباء، في تبان وقميص، في تبان وقباء. – قال: وأحسبه – في تبان ورداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah meluaskan rezeki kepadamu maka luaskanlah (berbelanja) ke atas dirimu. Seorang lelaki seharusnya mempelbagaikan pakaiannya, iaitu bersolat dengan memakai kain dan rida’, kain dan baju, kain dan baju panjang, seluar dan baju, seluar dan rida’, seluar dan baju panjang, seluar tiga suku dan baju, atau seluar tiga suku dan baju panjang. Dia (Abu Hurairah) berkata: Aku menyangka (bahawa Rasulullah sebenarnya menyebut) “dengan seluar tiga suku dan rida’.

STATUS

Lemah secara marfu’. Ia sebenarnya mawquf dari kalam Umar RA.

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis nombor 8251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف على عمر، رفعه بعضهم خطأ) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: سأل رجل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أيصلي أحدنا في الثوب الواحد؟ قال: ((إذا وَسًعَ اللهُ عليكُم؛ فَأَوْسِعُوا على أَنْفُسِكُم، جَمَعَ رَجُلٌ عليه ثيابَهُ، صلَّى رَجُلٌ في إزارٍ ورِدَاء، في إزارٍ وقميص، في إزارٍ وقَبَاء، في سراويلَ وقميصَ، في سراويلَ وردَاء، في سراويلَ وقَبَاءً، في تُبَّانٍ وقميصٍ، في تُبّان وقَبًاء. – قال: وأحسبه – في تُبَّان ورداءٍ)). [حب، ((الضعيفة)) (5746)]

(Lemah secara marfu’. Ia sebenarnya mawquf dari kalam Umar RA.)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah dibolehkan salah seorang daripada kita solat dengan sehelai pakaian yang sama sahaja? Jawab Baginda: Apabila Allah meluaskan rezeki kepadamu maka luaskanlah (berbelanja) ke atas dirimu. Seorang lelaki seharusnya mempelbagaikan pakaiannya, iaitu bersolat dengan memakai kain dan rida’, kain dan baju, kain dan baju panjang, seluar dan baju, seluar dan rida’, seluar dan baju panjang, seluar tiga suku dan baju, atau seluar tiga suku dan baju panjang. Dia (Abu Hurairah) berkata: Aku menyangka (bahawa Rasulullah sebenarnya menyebut) “dengan seluar tiga suku dan rida’.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5746)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs