Mawquf ke atas Umar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Allah meluaskan rezeki kepadamu maka luaskanlah ia ke atas dirimu

Teks Bahasa Arab

إذا وَسًعَ اللهُ عليكُم؛ فَأَوْسِعُوا على أَنْفُسِكُم، جَمَعَ رَجُلٌ عليه ثيابَهُ، صلَّى رَجُلٌ في إزارٍ ورِدَاء، في إزارٍ وقميص، في إزارٍ وقَبَاء، في سراويلَ وقميصَ، في سراويلَ وردَاء، في سراويلَ وقَبَاءً، في تُبَّانٍ وقميصٍ، في تُبّان وقَبًاء. - قال: وأحسبه - في تُبَّان ورداءٍ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Allah meluaskan rezeki kepadamu maka luaskanlah (berbelanja) ia ke atas dirimu. Apabila seseorang itu mempunyai banyak pakaian maka solatlah dengan pakaiannya. Ada yang solat dengan memakai kain dan rida’, kain dan baju, kain dan baju panjang, seluar dan baju, seluar dan rida’, seluar dan baju panjang, seluar pendek dan baju, serta seluar dan baju panjang. Dia berkata: Apa yang aku maksudkan dengan seluar pendek dan rida’.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Mawquf ke atas Umar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis no. 8251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف على عمر، رفعه بعضهم خطأ) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: سأل رجل رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أيصلي أحدنا في الثوب الواحد؟ قال: ((إذا وَسًعَ اللهُ عليكُم؛ فَأَوْسِعُوا على أَنْفُسِكُم، جَمَعَ رَجُلٌ عليه ثيابَهُ، صلَّى رَجُلٌ في إزارٍ ورِدَاء، في إزارٍ وقميص، في إزارٍ وقَبَاء، في سراويلَ وقميصَ، في سراويلَ وردَاء، في سراويلَ وقَبَاءً، في تُبَّانٍ وقميصٍ، في تُبّان وقَبًاء. - قال: وأحسبه - في تُبَّان ورداءٍ)). [حب، ((الضعيفة)) (5746)]

(Mawquf ke atas Umar, sebahagian mereka (perawi) tersilap dengan memarfu’kannya) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: Adakah dibolehkan salah seorang daripada kita solat dengan sehelai pakaian? Baginda bersabda: Apabila Allah meluaskan rezeki kepadamu maka luaskanlah (berbelanja) ia ke atas dirimu. Apabila seseorang itu mempunyai banyak pakaian maka solatlah dengan pakaiannya. Ada yang solat dengan memakai kain dan rida’, kain dan baju, kain dan baju panjang, seluar dan baju, seluar dan rida’, seluar dan baju panjang, seluar pendek dan baju, serta seluar dan baju panjang. Dia berkata: Apa yang aku maksudkan dengan seluar pendek dan rida’.” [Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5746)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.