Apabila Allah mahukan sesuatu kebaikan buat kaum, Allah SWT akan menghantarkan hadiah kepada mereka.

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله بقوم خيرا، أهدى إليهم هدية. قالوا: يا رسول الله، وما تلك الهدية؟ قال: الضيف؛ ينزل برزقه، ويرحل؛ وقد غفر الله لأهل المنزل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah mahukan sesuatu kebaikan buat kaum, Allah SWT akan menghantarkan hadiah kepada mereka. Mereka telah bertanya: ‘’Wahai Rasulullah, dan apakah hadiah tersebut?’’. Berkata Baginda SAW: ‘’Tetamu, yang datang membawa rezeki dan dia beredar dalam keadaan Allah SWT telah mengampunkan dosa penghuni rumah tersebut’’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 31, hadis nombor 106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي قرصافة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أراد الله بقوم خيرا، أهدى إليهم هدية. قالوا: يا رسول الله، وما تلك الهدية؟ قال: الضيف؛ ينزل برزقه، ويرحل؛ وقد غفر الله لأهل المنزل)).
[فر، ((الضعيفة)) (2117)]

(Lemah) Daripada Abu Qirsofah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ): Apabila Allah mahukan sesuatu kebaikan buat kaum, Allah SWT akan menghantarkan hadiah kepada mereka. Mereka telah bertanya: ‘’Wahai Rasulullah, dan apakah hadiah tersebut?’’. Berkata Baginda SAW: ‘’Tetamu, yang datang membawa rezeki dan dia beredar dalam keadaan Allah SWT telah mengampunkan dosa penghuni rumah tersebut’’.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2117]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs