Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أراد اللهُ أنْ يَخْلُقَ خَلقًا للخِلافةِ، مسح على ناصيتِه بيمينِه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah mahu menciptakan makhluk untuk menjadi pemerintah, maka Dia akan menyapu ke atas ubun-ubunnya dengan tangan kanan-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829, hadis no. 4256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا أراد الله أن يخلق خلقا للخلافة، مسح على ناصيته بيمينه)). [عق، عد، خط، فر، ((الضعيفة)) (2218)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah mahu menciptakan makhluk untuk menjadi pemerintah, maka Dia akan menyapu ke atas ubun-ubunnya dengan tangan kanan-Nya. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2218]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman