Mauquf terhadap Umar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا وَسًعَ اللهُ عليكُم؛ فَأَوْسِعُوا على أَنْفُسِكُم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah luaskan terhadap kalian, maka kalian luaskanlah terhadap diri-diri kalian.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mauquf terhadap Umar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis no. 1680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف على عمر، رفعه بعضهم خطأً) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- قال: سأل رجل رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أيصلي أحدنا في الثوب الواحد؟ قال: ((إذا وَسًعَ اللهُ عليكُم؛ فَأَوْسِعُوا على أَنْفُسِكُم، جَمَعَ رَجُلٌ عليه ثيابَهُ، صلَّى رَجُلٌ في إزارٍ ورِدَاء، في إزارٍ وقميص، في إزارٍ وقَبَاء، في سراويلَ وقميصَ، في سراويلَ وردَاء، في سراويلَ وقَبَاءً، في تُبَّانٍ وقميصٍ، في تُبّان وقَبًاء. - قال: وأحسبه - في تُبَّان ورداءٍ)) [ حب، ((الضعيفة)) (5746) ]
(Mauquf terhadap ‘Umar, disandarkan kepada Nabi SAW oleh sebahagian perawi secara tidak sengaja) Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Adakah salah seorang dari kami dibenarkan solat dengan sehelai pakaian? Jawab baginda: Apabila Allah luaskan terhadap kalian, maka kalian luaskanlah terhadap diri-diri kalian. Seorang lelaki telah mengumpulkan untuk dirinya banyak pakaiannya. Seorang lelaki solat dengan memakai izar (sejenis pakaian orang Arab seperti kain sarung) dan rida’ (sejenis pakaian orang Arab seperti kain selendang), memakai izar dan baju, memakai izar dan qaba’ (sejenis pakaian orang Arab yang dipakai di atas jubah), memakai seluar dan baju, memakai seluar dan rida’, memakai seluar dan qaba’, memakai seluar pendek dan baju, memakai seluar pendek dan qaba’. Dia berkata: Aku rasa-rasa: Memakai seluar pendek dan rida’. [Riwayat Ibn Hibban dalam Kitab Sahih-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5746]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman