Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Allah ingin menciptakan sesuatu untuk khilafah-Nya

Teks Bahasa Arab

حديث: "إِذَا أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَخْلُقَ خَلْقًا لِلْخِلافَةِ مَسَحَ نَاصِيَتَهُ بِيَمِينِهِ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila Allah ingin menciptakan sesuatu untuk khalifah-Nya, Allah menyapu ubun-ubun-Nya dengan tangan kanan-Nya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 210, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الوجيز: روى عن أبي هريرة، وأنس، وكعب، وأعل الكل. وقد أخرجه الحاكم في المستدرك عن ابن عباس.

Pengarang kitab al-Wajiz berkata : diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA, Anas, Ka’ab dan semua jalannya cacat Al-Hakim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mustadrak daripada Ibn ‘Abbas.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.