Apabila Allah ingin menciptakan sesuatu , Allah akan berkata kepada angin selatan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لَمَّا أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَخْلُقَ الْخَلْقَ قَالَ لِرِيحِ الْجَنُوبِ: إِنِّي خَالِقٌ مِنْكِ خَلْقًا أَجْعَلُهُ عِزًّا لأوليائي مذلة على أعدائي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila Allah ingin menciptakan sesuatu, Allah akan berkata kepada angin selatan: Sesungguhnya Aku mencipta sesuatu daripada engkau, Aku jadikannya kemuliaan untuk wali-wali-Ku dan kehinaan kepada musuh-musuh-Ku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 209, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحاكم عن علي مرفوعا. قيل هو موضوع. وقيل: له شواهد.

Al-Hakim meriwayatkan daripada Ali secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi). Dikatakan bahawa hadith ini palsu, dan dikatakan juga baginya ada riwayat sokongan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs