Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "لما أراد الله أن يخلق الخلق قال لريح الجنوب: إني خالق منك خلقا أجعله عزا لأوليائي مذلة على أعدائي _ إلخ".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Apabila Allah ingin menciptakan sesuatu, Allah akan berkata kepada angin selatan: Sesungguhnya Aku mencipta sesuatu daripada engkau, Aku jadikannya kemuliaan untuk wali-wali-Ku dan kehinaan kepada musuh-musuh-Ku.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 209, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الحاكم عن علي مرفوعا. قيل هو موضوع. وقيل: له شواهد.
Al-Hakim meriwayatkan daripada Ali secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi). Dikatakan bahawa hadith ini palsu, dan dikatakan juga baginya ada riwayat sokongan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman