Apabila Allah hendak memperjalankan qadak serta qadar-Nya, Dia akan mencabut akal mereka yang memiliki akal

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله إنفاذ قضائه وقدره؛ سلب ذوي العقول عقولهم حتى ينفذ فيهم قضاءه وقدره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah hendak memperjalankan qadak serta qadar-Nya, Dia akan mencabut akal mereka yang memiliki akal agar Dia memperjalankan qadak dan qadar-Nya pada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 458, hadis nombor 2456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «إذا أراد الله إنفاذ قضائه وقدره؛ سلب ذوي العقول عقولهم حتى ينفذ فيهم قضاءه وقدره». [خط، فر، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (2215)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Apabila Allah hendak memperjalankan qadak serta qadar-Nya, Dia akan mencabut akal mereka yang memiliki akal agar Dia memperjalankan qadak dan qadar-Nya pada mereka.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws dan Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2215].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs