Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا توضَّأتُ وأَنا جنُبٌ أَكَلتُ وشَرِبْتُ، ولا أصلِّي ولا أقرأُ حتَّى أغتسلَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila aku telah berwuduk ketika aku dalam keadaan junub, aku makan dan minum tetapi aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Quran) sehinggalah aku mandi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Malik al-Ghafiqi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 396, hadis no. 2115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مالك الغافقي - رضي الله عنه - أنه سمع رسول الله ﷺ يقول لعمر بن الخطاب: «إذا توضأت وأنا جنب أكلت وشربت، ولا أصلي ولا أقرأ حتى أغتسل». [أبو عبيد في «فضائل القرآن»، قط، هق، «الضعيفة» (2501)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Malik al-Ghafiqi RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda kepada Umar bin al-Khattab: "Apabila aku telah berwuduk ketika aku dalam keadaan junub, aku makan dan minum tetapi aku tidak solat dan tidak juga membaca (al-Quran) sehinggalah aku mandi". [Riwayat Abu ‘Ubayd dalam Fadail al-Quran, al-Daraqutni dalam al-‘Ilal dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2501].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman