Apabila aku menyebutkan kelebihan Umar, Umar adalah seperti Nuh pada kaumnya

TEKS BAHASA ARAB

 لَوْ حَدَّثْتُكُمْ بِفَضَائِلِ عُمَرَ عُمْرَ نُوحٍ فِي قَوْمِهِ مَا فَنِيَتْ وَإِنَّ عُمَرَ حَسَنَةٌ مِنْ حَسَنَاتِ أَبِي بَكْرٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila aku menyebutkan kelebihan Umar, Umar adalah seperti Nuh pada kaumnya. Dia tidak binasa. Umar juga adalah satu kebaikan daripada kebaikan-kebaikan Abu Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Orang yang menyandarkan diri mereka kepada ahli sunnah memalsukan hadis berkaitan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq.
____________________________________
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam Al-‘Ilal Al-Mutanaahiyah (1/194). Maudhu’at (2/66-67 tetapi ia adalah kalam jibril kepada Nabi kita. Kemudian berkata: “hadis ini tidak sahih”. Lihat: Tanzih As-Syariah (1/346).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon