Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما أُسريَ بي؛ رأيتُ في ساقِ العرشِ مكتوبًا : لا إله إلا اللهُ، محمد رسولُ اللهِ صفْوتي من خَلقي، أيَّدتُه بعليٍّ ونصرتُه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila aku diisrakkan, aku melihat di kaki Arasy ada tertulis: Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah SAW, yang terpilih dari kalangan makhluk-makhlukku, aku bantunya dengan 'Ali dan pertolongannya.
Sahabat Perawi
- Abu al-Hamra’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1872, hadis no. 9435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الحمراء خادم رسول الله ﷺ مرفوعا: ((لما أسري بي؛ رأيت في ساق العرش مكتوبا: لا إله إلا الله، محمد رسول الله ﷺ صفوتي من خلقي، أيدته بعلي ونصرته)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4902)].
(Palsu) Daripada Abu al-Hamra’ pembantu Rasulullah SAW marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila aku diisrakkan, aku melihat di kaki Arasy ada tertulis: Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah SAW, yang terpilih dari kalangan makhluk-makhlukku, aku bantunya dengan 'Ali dan pertolongannya." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4902]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman