Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila aku, Abu Bakr dan 'Uthman meninggal dunia

Teks Bahasa Arab

إِذا أَنا مُتُّ وَأَبُو بَكرٍ وعُثْمانُ فإِنِ اسْتَطَعْتَ أنْ تَمُوتَ فَمُتْ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila aku, Abu Bakr dan 'Uthman meninggal dunia, maka jika kamu mampu untuk mati, hendaklah kamu mati.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Abi Hathmah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 11, hadis no. 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut melalui riwayat perawi-perawi Saqit (gugur kelayakan untuk berhujjah). Dalam kalangan mereka adalah Salm bin Maimun al-Khawwas, beliau seorang perawi yang dituduh melakukan pendustaan

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.