Apabila 'Aishah marah baginda SAW memegang hidungnya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا غضبت أخذ بأنفها، وقال: يا عويشة قولي: اللهم رب النبي محمد صلى الله عليه وسلم؛ اغفر ذنبي، وأذهب غيظ قلبي، وأجرني من مضلات الفتن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila ‘Ā`ishah marah, baginda memegang hidungnya. Lalu baginda berkata: Wahai ‘Uwaishah (panggilan manja ‘Ā`ishah) ucapkanlah: Ya Allah, wahai Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW, ampunkanlah dosaku, hilangkanlah kemarahan daripada hatiku, dan lindungilah aku daripada kesesatan fitnah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis nombor 9326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن عائشة -رضي الله عنها-: أن رسول الله ﷺ کان إذا غضبت أخذ بأنفها، وقال: ((يا عويشة قولي: اللهم رب النبي محمد ﷺ؛ اغفر ذنبي، وأذهب غيظ قلبي، وأجرني من مضلات الفتن)). [ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٤٢٠٧)]

(Lemah) Daripada ‘Ā`ishah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ‘Ā`ishah marah, baginda memegang hidungnya. Lalu baginda berkata: Wahai ‘Uwaishah (panggilan manja ‘Ā`ishah) ucapkanlah: Ya Allah, wahai Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW, ampunkanlah dosaku, hilangkanlah kemarahan daripada hatiku, dan lindungilah aku daripada kesesatan fitnah. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4207]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs