Apabila ahli syurga mula menetap di syurga. Syurga bertanya: Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah berjanji untuk menghiasku dengan dua rukun daripada rukun-rukunmu?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا استقر أهل الجنة في الجنة. قالت الجنة: يا رب ألست وعدتني أن تزينني بركنين من أركانك؟ قال: أولم أزينك بالحسن والحسين؟ فماست الجنة ميسا كما تميس العروس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila ahli syurga telah mula menetap di syurga. Syurga bertanya: Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah berjanji untuk menghiasku dengan dua rukun daripada rukun-rukunmu?. Dia berkata: Bukankah aku telah menghiasmu dengan Al-Hasan dan Al-Husain?.Lalu syurga mendabik dada sepertimana pengantin mendabik dada.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 386-387, hadis nombor 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني عن عقبة بن عامر مرفوعا. وفي إسناده: حميد بن علي البجلي وليس بشيئ. و [أحمد بن] رشدين بن سعد. وقد كذبوه، وأورد هذا الحديث: ابن الجوزي في الموضوعات. وتعقبه في اللآلىء بأن [ابن] رشدين كان من حفاظ الحديث، وأنكر عليه أشياء، وهو ممن يكتب حديثه مع ضعفه. وقد رواه الأزدي بإسناد فيه كذابان، ورواه ابن حبان، وفي إسناده: الحسن ابن صابر. قال في الميزان، في ترجمته: هذا الحديث كذب.

Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Uqbah bin Amir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Humaid bin Ali al-Bajali, tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah). Juga [Ahmad bin] Risydin bin Saad. Mereka telah mendustakannya. Hadith ini juga disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Dia memberi komentar dalam al-Laali’ bahawa [Ibn] Risydin adalah dari kalangan huffaz hadith dan dia dibantah dalam beberapa perkara. Dia adalah perawi yang ditulis hadithnya walaupun dia seorang yang dhaif. Diriwayatkan juga oleh al-Azdi dengan sanad yang padanya ada dua orang pendusta, diriwayatkan oleh Ibn Hibban. Pada sanadnya terdapat al-Hasan bin Sabir. Dia berkata dalam al-Mizan pada biografinya: Hadith ini dusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.