Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إِذَا اسْتَقَرَّ أَهْلُ الْجَنَّةِ فِي الْجَنَّةِ. قَالَتِ الْجَنَّةُ: يَا رَبِّ أَلَسْتَ وَعَدْتَنِي أَنْ تُزَيَّنَنِي بِرُكْنَيْنِ مِنْ أَرْكَانِكَ؟ قَالَ: أَوَلَمْ أُزَيَّنْكِ بِالْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ؟ فَمَاسَتِ الْجَنَّةُ مَيْسًا كما تميس العروس.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Apabila ahli syurga telah mula menetap di syurga. Syurga bertanya: Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah berjanji untuk menghiasku dengan dua rukun daripada rukun-rukunmu?. Dia berkata: Bukankah aku telah menghiasmu dengan Al-Hasan dan Al-Husain?.Lalu syurga mendabik dada sepertimana pengantin mendabik dada.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin 'Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 386-387, hadis no. 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني عن عقبة بن عامر مرفوعا. وفي إسناده: حميد بن علي البجلي وليس بشيئ. و [أحمد بن] رشدين بن سعد. وقد كذبوه، وأورد هذا الحديث: ابن الجوزي في الموضوعات. وتعقبه في اللآلىء بأن [ابن] رشدين كان من حفاظ الحديث، وأنكر عليه أشياء، وهو ممن يكتب حديثه مع ضعفه. وقد رواه الأزدي بإسناد فيه كذابان، ورواه ابن حبان، وفي إسناده: الحسن ابن صابر. قال في الميزان، في ترجمته: هذا الحديث كذب.
Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Uqbah bin Amir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Humaid bin Ali al-Bajali, tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah). Juga [Ahmad bin] Risydin bin Saad. Mereka telah mendustakannya. Hadith ini juga disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Dia memberi komentar dalam al-Laali’ bahawa [Ibn] Risydin adalah dari kalangan huffaz hadith dan dia dibantah dalam beberapa perkara. Dia adalah perawi yang ditulis hadithnya walaupun dia seorang yang dhaif. Diriwayatkan juga oleh al-Azdi dengan sanad yang padanya ada dua orang pendusta, diriwayatkan oleh Ibn Hibban. Pada sanadnya terdapat al-Hasan bin Sabir. Dia berkata dalam al-Mizan pada biografinya: Hadith ini dusta.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman