Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا دخلَ أهلُ الجنَّةِ الجنَّةَ، فيشتاقُ الإخوانُ بعضُهم إلى بَعضٍ، فيسيرُ سَريرُ هذا إلى سَريرِ هذا، وسَريرُ هذا إلى سَريرِ هذا، حتَّى يجتمعَا جميعًا، فيتكِّئُ هذا، ويتكِّئُ هذا، فيقولُ أحدُهما لصاحِبِه: تعلَمُ متى غفرَ اللهُ لنا؟ فيقولُ صاحبُه: نعَمْ، يومُ كنَّا في موضعِ كَذا وكَذا، فدَعَونَا اللهَ؛ فغفرَ لنَا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila ahli syurga masuk syurga, lalu saudara ini saling merindui sesama mereka, maka katil (mereka) bergerak ke katil ini, dan katil ini bergerak ke katil yang lain, sehingga mereka berjumpa semuanya. Lalu yang ini bersandar dan yang ini juga bersandar. Lalu salah seorang dalam kalangan mereka berkata pada sahabatnya: Adakah kamu mengetahui bilakah Allah mengampunkan kita? Lalu sahabatnya berkata: Ya, pada hari sekian di tempat sekian. Lalu kami berdoa kepada Allah dan Dia mengampunkan kami.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 671, hadis no. 3461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إذا دخل أهل الجنة الجنة، فيشتاق الإخوان بعضهم إلى بعض، فيسير سرير هذا إلى سرير هذا، وسرير هذا إلى سرير هذا، حتى يجتمعا جميعاً، فيتكئ هذا، ويتكئ هذا، فيقول أحدهما لصاحبه: تعلم متى غفر الله لنا؟ فيقول صاحبه: نعم، يوم كنا في موضع كذا وكذا، فدعونا الله؛ فغفر لنا)). [عق، أبو الشيخ في ((العظمة))، ابن أبي الدنيا في ((صفة الجنة))، ابن عساكر، البزار، البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (5029)]
(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila ahli syurga masuk syurga, lalu saudara ini saling merindui sesama mereka, maka katil (mereka) bergerak ke katil ini, dan katil ini bergerak ke katil yang lain, sehingga mereka berjumpa semuanya. Lalu yang ini bersandar dan yang ini juga bersandar. Lalu salah seorang dalam kalangan mereka berkata pada sahabatnya: Adakah kamu mengetahui bilakah Allah mengampunkan kita? Lalu sahabatnya berkata: Ya, pada hari sekian di tempat sekian. Lalu kami berdoa kepada Allah dan Dia mengampunkan kami. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Abū al-Shaykh dalam al-‘Adhamah, Ibn Abī al-Dunyā dalam Ṣifat al-Jannah, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Baihaqī dalam al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5029]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman