Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

إذا استقر أهل الجنة في الجنة، قالت الجنة: يا ربّ! وعدتني أن تزينني بركنين من أركانك. قال: أولم أزينك بالحسن والحسين؟! [فماست الجنة ميساً كما تميس العروس].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga, syurga berkata: Wahai Tuhanku! Engkau menjanjikan bahawa Engkau akan menghiasiku dengan dua rukun daripada rukun-Mu. Allah berkata: Bukankah Aku telah menghiasi kamu dengan al-Hasan dan al-Husain? [Maka syurga berjalan dengan penuh bangga seperti seorang pengantin].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 678, hadis nombor 3490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عقبة بن عامر الجهني -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا استقر أهل الجنة في الجنة، قالت الجنة: يا ربّ! وعدتني أن تزينني بركنين من أركانك. قال: أولم أزينك بالحسن والحسين؟! [فماست الجنة ميساً كما تميس العروس])). [طس، خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5892)]

(Palsu) Daripada ‘Uqbah bin ‘Āmir al-Juhanī RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga, syurga berkata: Wahai Tuhanku! Engkau menjanjikan bahawa Engkau akan menghiasiku dengan dua rukun daripada rukun-Mu. Allah berkata: Bukankah Aku telah menghiasi kamu dengan al-Hasan dan al-Husain? [Maka syurga berjalan dengan penuh bangga seperti seorang pengantin]. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5892]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs