Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الَجنَّةِ الجَنَّةَ، فَيَشْتَاقُ الإِخْوَانُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، فَيَسِيرُ سَرِيرُ هَذَا إِلَى سَرِيرِ هَذَا، وَسَرِيرُ هَذَا إِلَى سَرِيرِ هَذَا، حَتَّى يَجْتَمِعَا جَمِيعاً، فَيَتَّكِىءُ هَذَا، وَيَتَّكِىءُ هَذَا، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ: تَعْلَمُ مَتَى غَفَرَ اللهُ لَنَا؟ فَيَقُولُ صَاحِبُهُ: نَعَمْ، يَوْمٌ كُنَّا فِي مَوْضِعٍ كَذَا وَكَذَا، فَدَعَوْنَا اللهُ؛ فَغَفَرَ لَنَا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga, maka mereka akan saling merindui antara satu sama lain, lalu berjalanlah mereka dari katil ini ke katil itu dan dari katil itu ke katil ini sehinggalah keduanya bertemu. Lalu sambil duduk bersandar dan saudaranya juga turut bersandar, salah seorang daripada mereka berkata: Tahukah kamu bilakah Allah mengampunkan kita? Jawab saudaranya: Ya, iaitu pada hari kita berada di tempat sekian dan sekian. Lalu kita telah berdoa kepada Allah dan Allah pun mengampunkan kita.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis no. 7648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إذا دخل أهل الجنة الجنة، فيشتاق الإخوان بعضهم إلى بعض، فيسير سرير هذا إلى سرير هذا، وسرير هذا إلى سرير هذا، حتى يجتمعا جميعاً، فيتكىء هذا، ويتكىء هذا، فيقول أحدهما لصاحبه: تعلم متى غفر الله لنا؟ فيقول صاحبه: نعم، يوم كنا في موضع كذا وكذا، فدعونا الله؛ فغفر لنا)). [عق، أبو الشيخ في العظمة، ابن أبي الدنيا ((صفة الجنة))، ابن عساكر، البزار، البيهقي في (البعث))، ((الضعيفة)) (5029)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga, maka mereka akan saling merindui antara satu sama lain, lalu berjalanlah mereka dari katil ini ke katil itu dan dari katil itu ke katil ini sehinggalah keduanya bertemu. Lalu sambil duduk bersandar dan saudaranya juga turut bersandar, salah seorang daripada mereka berkata: Tahukah kamu bilakah Allah mengampunkan kita? Jawab saudaranya: Ya, iaitu pada hari kita berada di tempat sekian dan sekian. Lalu kita telah berdoa kepada Allah dan Allah pun mengampunkan kita.. [Riwayat al-Uqaili di dalam al-Dhu’afa, Abu al-Shaykh di dalam al-Azhamah, Ibn Abi al-Dunya di dalam Sifat al-Jannah, Ibn 'Asakir, al-Bazzar, dan al-Baihaqi di dalam al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5029].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman