Apabila ada seorang muslim membina (sesuatu bangunan berketinggian lebih daripada) tujuh atau sembilan hasta

TEKS BAHASA ARAB

إذا بنى الرجل المسلم سبعة أو تسعة أذرع، ناداه مناد من السماء: أين تذهب يا ‌أفسق ‌الفاسقين؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila ada seorang muslim membina (sesuatu bangunan berketinggian lebih daripada) tujuh atau sembilan hasta, satu suara akan menyeru dari langit: “Ke mana kamu mahu pergi wahai manusia paling fasik?”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 589, hadis nombor 3021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه– مرفوعا: ((إذا بنى الرجل المسلم سبعة أو تسعة أذرع، ناداه مناد من السماء: أين تذهب يا ‌أفسق ‌الفاسقين؟!)). [حل، ((الضعيفة)) (174)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Apabila ada seorang muslim membina (sesuatu bangunan berketinggian lebih daripada) tujuh atau sembilan hasta, satu suara akan menyeru dari langit: “Ke mana kamu mahu pergi wahai manusia paling fasik?”. [Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 174].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs