Apabila ada dalam kalangan kalian yang pergi menziarahi orang sakit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا عاد أحدكم مريضا، فلا يأكل عنده شيئا، فإنه حظه من عيادته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila ada dalam kalangan kalian yang pergi menziarahi orang sakit, maka janganlah makan sesuatu di sisi pesakit, kerana sesungguhnya perbuatan tersebut (tidak makan di sisi pesakit) menjadi bahagian pahala buatnya dalam ziarah itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis nombor 5930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا عاد أحدكم مريضا، فلا يأكل عنده شيئا، فإنه حظه من عيادته)). [فر، ((الضعيفة)) (2288)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila ada dalam kalangan kalian yang pergi menziarahi orang sakit, maka janganlah makan sesuatu di sisi pesakit, kerana sesungguhnya perbuatan tersebut (tidak makan di sisi pesakit) menjadi bahagian pahala buatnya dalam ziarah itu. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2288]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.