Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا عَادَ أحدُكم مَرِيضًا، فَلَا يَأْكُلْ عندَه شَيئًا، فَإِنَّهُ حظُّه من عيَادتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila ada dalam kalangan kalian yang pergi menziarahi orang sakit, maka janganlah makan sesuatu di sisi pesakit, kerana sesungguhnya perbuatan tersebut (tidak makan di sisi pesakit) menjadi bahagian pahala buatnya dalam ziarah itu.
Sahabat Perawi
- Abi Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis no. 5930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا عاد أحدكم مريضا، فلا يأكل عنده شيئا، فإنه حظه من عيادته)). [فر، ((الضعيفة)) (2288)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila ada dalam kalangan kalian yang pergi menziarahi orang sakit, maka janganlah makan sesuatu di sisi pesakit, kerana sesungguhnya perbuatan tersebut (tidak makan di sisi pesakit) menjadi bahagian pahala buatnya dalam ziarah itu. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2288]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman