Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila ada dalam kalangan kalian yang ditimpa demam

Teks Bahasa Arab

إِذَا أَصَابَت أَحَدَكُم الحُمَّى، فَإِن الحُمَّى قطعةٌ مِن النَار، فَليطفئهَا عَنْهُ بِالمَاءِ، فليستنقع نهرًا جَارِيًا ليستقبلَ جَريةَ المَاء، فَيَقُولُ: بِسْمِ اللهِ، اللهُمَّ اشْفِ عبدك، وصدِّق رَسُولَكَ؛ بَعدَ صلاة الصُّبح قَبْلَ طُلُوع الشَّمْس، فَلْيغتمِس فِيهِ ثلاث غَمَسات ثلَاثة أَيَام، فَإِن لَمْ يبرأ فِي ثَلَاث فَخمس، وَإِن لَمْ يبرأ فِي خمسٍ فَسبعٍ، فَإِن لم يبرأ فِي سبعٍ فَتسعِ، فَإِنَّهَا لَا تكاد أَن تجاوز تسعًا بِإِذنِ الله.

Teks Bahasa Melayu

Apabila ada dalam kalangan kalian yang ditimpa demam, sesungguhnya demam itu adalah cebisan daripada api neraka, maka hendaklah kalian padamkannya dengan air, dan berendamlah dalam sungai yang mengalir dengan cara menghadap arus air lalu menyebutkan: “Dengan Nama Allah, ya Allah sembuhkanlah hamba-Mu, dan benarkanlah Rasul-Mu", (iaitu) selepas solat subuh sebelum matahari terbit. Berendamlah di dalamnya sebanyak tiga kali selama tiga hari. Jika belum sembuh dalam tiga hari tersebut, maka hendaklah selama lima hari, dan jika belum sembuh juga, maka hendaklah dengan tujuh hari, dan jika belum sembuh, maka sembilan hari, dan sesungguhnya ia (proses untuk sembuh) itu hampir tidak melebihi dari sembilan hari dengan izin Allah.

Sahabat Perawi

  1. Thauban RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis no. 5929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثوبان - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أصابت أحدكم الحمى، فإن الحمى قطعة من النار، فليطفئها عنه بالماء، فليستنقع نهرا جاريا ليستقبل جرية الماء، فيقول: بسم الله، اللهم اشف عبدك، وصدق رسولك؛ بعد صلاة الصبح قبل طلوع الشمس، فليغتمس فيه ثلاث غمسات ثلاثة أيام، فإن لم يبرأ في ثلاث فخمس، وإن لم يبرأ في خمس فسبع، فإن لم يبرأ في سبع فتسع، فإنها لا تكاد أن تجاوز تسعا بإذن الله)). [ت، حم، طب، ابن السني، ((الضعيفة)) (2339)]

(Lemah) Daripada Thauban RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila ada dalam kalangan kalian yang ditimpa demam, sesungguhnya demam itu adalah cebisan daripada api neraka, maka hendaklah kalian padamkannya dengan air, dan berendamlah dalam sungai yang mengalir dengan cara menghadap arus air lalu menyebutkan: “Dengan Nama Allah, ya Allah sembuhkanlah hamba-Mu, dan benarkanlah Rasul-Mu", (iaitu) selepas solat subuh sebelum matahari terbit. Berendamlah di dalamnya sebanyak tiga kali selama tiga hari. Jika belum sembuh dalam tiga hari tersebut, maka hendaklah selama lima hari, dan jika belum sembuh juga, maka hendaklah dengan tujuh hari, dan jika belum sembuh, maka sembilan hari, dan sesungguhnya ia (proses untuk sembuh) itu hampir tidak melebihi dari sembilan hari dengan izin Allah. [Riwayat al-Tirmizi dalam Jami’ Tirmizi, Imam Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2339]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.