Apabila ada dalam kalangan kalian didekatkan dengan makanan dalam keadaan dia sedang berpuasa, maka katakanlah: Dengan Nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

إذا قرب إلى أحدكم طعام وهو صائم فليقل: باسم الله والحمد لله اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت وعليك توكلت سبحانك وبحمدك تقبله مني إنك أنت السميع العليم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila ada dalam kalangan kalian didekatkan dengan makanan dalam keadaan dia sedang berpuasa, maka katakanlah: Dengan Nama Allah, dan Segala Puji bagi Allah, Wahai Allah kepada Engkaulah aku berpuasa, dan di atas rezeki-Mu ini aku berbuka puasa, dan kepada-Mu juga aku bertawakal. Maha Suci Engkau! dan dengan Segala Puji bagi Engkau, maka terimalah amalan aku, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1161, hadis nombor 5874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا قُرِّبَ إلى أحدِكم طعامٌ وهو صائمٌ فليقلْ: باسم الله والحمد لله اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت وعليك توكلت سبحانك وبحمدك تقبله مني إنك أنت السميع العليم. [الشجري، الضعيفة (6996)]

(Sangat Munkar) Daripada Anas bin Malik RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila ada dalam kalangan kalian didekatkan dengan makanan dalam keadaan dia sedang berpuasa, maka katakanlah: Dengan Nama Allah, dan Segala Puji bagi Allah, Wahai Allah kepada Engkaulah aku berpuasa, dan di atas rezeki-Mu ini aku berbuka puasa, dan kepada-Mu juga aku bertawakal. Maha Suci Engkau! dan dengan Segala Puji bagi Engkau, maka terimalah amalan aku, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. [Riwayat al-Syajari. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6996]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.