Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا رَاحَ مِنَّا سَبْعُونَ رَجُلًا إِلَى الجُمْعَةِ كَانُوا كَسَبْعِيْنَ مُوسَى الَّذِيْنَ وَفَدُوا إِلَى رَبِِّهِمْ أَوْ أَفْضَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila 70 orang daripada kalangan kita bertolak untuk mendirikan solat Jumaat, ia sama seperti 70 orang Musa yang diutuskan menemui Tuhan mereka, atau lebih baik lagi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1048, hadis no. 5356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا راح منا سبعون رجلا إلى الجمعة كانوا كسبعين موسى الذين وفدوا إلى ربهم أو أفضل. [طس، الضعيفة (2601)]
[Palsu] Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila 70 orang daripada kalangan kita bertolak untuk mendirikan solat Jumaat, ia sama seperti 70 orang Musa yang diutuskan menemui Tuhan mereka, atau lebih baik lagi. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah; al-Da‘ifah, no. 2601]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman