Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا معاذُ إني قد عرفتُ الذي لقيتَ في سبيلِ اللهِ وفي سُنَّتِي وما ذهبَ مالُكٌ، فإني قد أحللتُ الهَدِيَّةَ، فما أُهْدِيَ لكَ من شيٍء في إمرتِكَ فهو لكَ هنيئًا مريئًا وليستْ لأحدٍ من الأمراءِ بعدَك.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Muaz! Aku mengetahui bahawa engkau telah berjuang di jalan Allah dan demi sunnahku, dan apa yang telah engkau belanjakan dari hartamu (untuk agama ini), maka aku telah menghalalkan hadiah, apa yang telah dihadiahkan kepada kamu sewaktu pemerintahan kamu, maka ia adalah untuk kamu, bukan untuk yang memegang tampuk pemerintahan selepas kamu.
Sahabat Perawi
- Ubaid bin Sakhr bin Lauzan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 859, hadis no. 4391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن عبيد بن صخر بن لوذان رفعه: ((يا معاذ! إني قد عرفت الذي لقيت في سبيل الله وفي سنتي، وما ذهب من مالك؛ فإني قد أحللت الهدية، فما أهدي لك من شيء في إمرتك، فهو لك هنيئا مريئا، وليست لأحد من الأمراء بعدك)). [فر، ((الضعيفة)) (6597)].
(Sangat munkar) Daripada Ubaid bin Sakhr bin Lauzan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Wahai Muaz! Aku mengetahui bahawa engkau telah berjuang di jalan Allah dan demi sunnahku, dan apa yang telah engkau belanjakan dari hartamu (untuk agama ini), maka aku telah menghalalkan hadiah, apa yang telah dihadiahkan kepada kamu sewaktu pemerintahan kamu, maka ia adalah untuk kamu, bukan untuk yang memegang tampuk pemerintahan selepas kamu.” [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6597].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman