Apa yang penglipur lara menyebutkannya bahawa bulan telah masuk dalam poket Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

ما يذكره القصاص من أن القمر دخل في جيب النبي صلى الله عليه وسلم، فخرج من كمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apa yang penglipur lara menyebutkannya bahawa bulan telah masuk dalam poket Nabi SAW, lalu ia telah keluar dari lengan bajunya.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 261, hadis nombor 466. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي المواهب: ما يذكره القصاص من أن القمر دخل في جيب النبي صلى الله عليه وسلم، فخرج من كمه. فليس له أصل، كما حكاه الشيخ بدر الدين الزركشي عن شيخة العماد بن كثير.

Dalam Kitab al-Mawahib: Apa yang penglipur lara menyebutkannya bahawa bulan telah masuk dalam poket Nabi SAW, lalu ia telah keluar dari lengan bajunya. Tiada baginya asal seperti yang diceritakan oleh Syeikh Badruddin al-Zarkashi daripada gurunya al-’Imad bin Kathir.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs