TEKS BAHASA ARAB
يكفيك من الدنيا ما سد جوعتك، ووارى عورتك، وإن كان لك بيت يظلك؛ فذاك، وإن كانت لك دابة؛ فبخ!
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apa yang menghilangkan rasa laparmu, menutup auratmu, dan jika kamu mempunyai rumah yang menaungimu, maka itu sudah cukup. Jika kamu mempunyai binatang tunggangan, maka itu dikira bagus!
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2044, hadis nombor 10288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن ثوبان -رضي الله عنه- قال: قلت: يا رسول الله! ما يكفيني من الدنيا؟ فقال: يكفيك من الدنيا ما سدَّ جَوعتَك، ووارى عورتَك، وإن كان لك بيتٌ يظلُّك؛ فذاك، وإن كانت لك دابةٌ؛ فبخٍ!
[طس، ((الضعيفة)) [(5351)]
(Sangat lemah)
Daripada Thauban RA, beliau berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perkara yang mencukupkan aku di dunia? Baginda menjawab: Apa yang menghilangkan rasa laparmu, menutup auratmu, dan jika kamu mempunyai rumah yang menaungimu, maka itu sudah cukup. Jika kamu mempunyai binatang tunggangan, maka itu dikira bagus!
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5351]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.