Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا ألْهَاك عن ذِكْرِ الله تعالى؛ فهو مَيْسِر
Teks Bahasa Melayu
Apa yang membuatkan kamu sibuk daripada mengingati Allah adalah maysir (sesuatu yang merugikan)
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1594-1595, hadis no. 8052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له) ((ما ألهاك عن ذكر الله تعالى؛ فهو مَيْسِر)).[((الضعيفة)) (6936)].
(Batil Tiada Asal Baginya) Apa yang membuatkan kamu sibuk daripada mengingati Allah adalah maysir (sesuatu yang merugikan). [Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6936].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman