Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما حملك على هذا؟ (يعني: علياً) قال: حملني أن أستوجب على الله الذي وعدني. فقال له: ألا إن ذلك لك.
Teks Bahasa Melayu
Apa yang membuatkan kamu (yakni Ali) melakukan hal ini? Jawabnya: Aku melakukan ini untuk menyahut seruan Allah yang mana Dia telah berjanji kepadaku. Rasulullah SAW berkata lagi: Ketahuilah sesungguhnya ia bagimu.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493, hadis no. 7610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) قال الكلبي: نزلت هذه الآية: "الذين ينفقون أموالهم بالليل والنهار سراً وعلانية" في علي بن أبي طالب رضي الله عنه؛ لم يكن يملك غير أربعة دراهم، فتصدق بدرهم ليلاً، وبدرهم نهاراً، وبدرهم علانية. فقال له رسول الله - صلى الله عليه وسلم: ما حملك على هذا؟ قال: حملني أن أستوجب على الله الذي وعدني. فقال له: ألا إن ذلك لك. [علقه الواحدي في ((أسباب النزول))، ((الضعيفة))(4927))].
(Palsu) Telah berkata al-Kalbi: Turunnya ayat ini: “Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sembunyi atau terang-terangan.” [al-Baqarah: 274] pada Ali bin Abi Talib RA yang mana dia tidak mempunyai apa-apa melainkan empat dirham sahaja. Lalu dia bersedekah satu dirham pada waktu malam, satu dirham pada waktu siang, satu dirham secara sembunyi dan satu dirham lagi secara terang-terangan. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: Apa yang membuatkan kamu melakukan hal ini? Jawabnya: Aku melakukan ini untuk menyahut seruan Allah yang mana Dia telah berjanji kepadaku. Rasulullah SAW berkata lagi: Ketahuilah sesungguhnya ia bagimu. [al-Wahidi memberikan komentar padanya di dalam kitab Asbab al-Nuzul. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4927]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman