Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إن شابا كان صاحب سماع، فكان إذا أهل هلال ذي الحجة أصبح صائما، فأرسل إليه رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقال: ما يحملك على صيام هذه الأيام؟ فقال: بأبي أنت وأمي يا رسول الله، إنها أيام المشاعر وأيام الحج، عسى الله أن يشركني في دعائهم. فقال: لك بكل يوم عدل مائة رقبة تعتقها إلخ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya seorang pemuda mempunyai pendengaran yang sangat baik. Apabila muncul anak bulan Zulhijjah dia berpuasa, Lalu Rasulullah menghantar utusan kepada pemuda tersebut dan bersabda: Apa yang membuatkan kamu berpuasa pada hari ini?. Pemuda itu berkata: Demi bapa dan ibuku wahai Rasulullah, aku berpuasa kerana ia adalah hari-hari Tasyrik dan Haji. Semoga Allah memasukkan aku dalam doa-doa mereka. Nabi bersabda: Setiap hari yang kamu berpuasa menyamai seratus hamba yang engkau bebaskan.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 95, hadis no. 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini tidak sahih kerana pada sanadnya pendusta.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman