Apa yang kamu ringkankan ke atas pembantu kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما خففت عن خادمك من عمله؛ فهو أجر لك في موازينك يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apa yang kamu ringkankan ke atas pembantu kamu daripada pekerjaannya, maka itu adalah pahala buat timbangan kamu pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis nombor 406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمرو بن حريث -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما خفّفتَ عن خادمك من عَمله؛ فهو أجرٌ لك في موازينك يوم القيامة.
[حب، ع، ((الضعيفة)) (4437)]

(Lemah)
Daripada ‘Amr ibn Ḥarīth R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Apa yang kamu ringkankan ke atas pembantu kamu dari pekerjaannya, maka itu adalah pahala buat timbangan kamu pada hari kiamat.
[Riwayat Ibn Hibban dalam Al-Sahih, Abu Ya’la dalam Al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4437]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.