Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا دَفَعَ اللَّهُ كَانَ أَعْظَمَ.
Teks Bahasa Melayu
Apa yang ditolak oleh Allah itu adalah lebih besar.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 80, hadis no. 356. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الجد: لم أجده في المرفوع، وإنما قال لقمان لابنه في قصة أصاب ابنه فيها بلاء: لعل ما صرف الله عنك أعظم مما ابتليت به.
Al-Jadd berkata: "Aku belum menemuinya dalam riwayat yang marfu', ia hanyalah kata-kata Luqman kepada anak lelaki beliau berkenaan kisah anak lelaki beliau ditimpa ujian: "Boleh jadi, apa yang Allah palingkan daripadamu adalah lebih besar berbanding apa yang Allah uji padamu".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman