Apa yang dikatakan berupa kata-kata yang baik, maka aku yang mengatakannya

TEKS BAHASA ARAB

لا أعرفن ما يحدث أحدكم عني الحديث، وهو متكئ على أريكته فيقول: أقرأ قرآنا! ما قيل من قول حسن فأنا قلته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak ketahui apa yang akan seseorang daripada kamu ceritakan tentangku sambil dia bersandar di atas sofanya, dia berkata: Bacalah al-Qur’an. Apa yang dikatakan berupa kata-kata yang baik, maka aku yang mengatakannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1241, hadis nombor 6330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: لا أعرفن ما يحدث أحدكم عني الحديث، وهو متكئ على أريكته فيقول: أقرأ قرآنا! ما قيل من قول حسن فأنا قلته.
[هـ، ((الضعيفة)) (1084)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku tidak ketahui apa yang akan seseorang daripada kamu ceritakan tentangku sambil dia bersandar di atas sofanya, dia berkata: Bacalah al-Qur’an. Apa yang dikatakan berupa kata-kata yang baik, maka aku yang mengatakannya.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1084]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs