TEKS BAHASA ARAB
ما كان بين عثمان ورقية ، وبين لوط من هاجر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apa yang berlaku antara ‘Uthman dan Ruqaiyah dan antara Nabi Lut adalah daripada orang yang berhijrah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis nombor 9361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن خارجة بن زید بن ثابت -رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما كانَ بينَ عثمانَ ورقيَّةَ ، وبينَ لوطٍ مِن هاجر)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة))، (4464)].
(Palsu) Daripada Kharijah bin Zaid bin Thabit RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apa yang berlaku antara ‘Uthman dan Ruqaiyah dan antara Nabi Lut adalah daripada orang yang berhijrah.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4464].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.