Batil dan tiada asal padanya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أَلْهَاكَ عَنْ ذِكْرِ اللّهِ فَهُوَ مَيْسِرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Apa jua (bentuk permainan yang berunsur judi) yang melalaikan kamu dari mengingati Allah maka ia (umpama) judi.
Sahabat Perawi
- Tidak ditemukan perawi. Ia hadith yang dicelup oleh Syeikh Abdul Ghani bin Ismail al-Nablusi tanpa menyatakan sumber kitabnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil dan tiada asal padanya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1648, hadis no. 8331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له) ((ما ألهاك عن ذكر الله؛ فهو مَيْسِر)). [((الضعيفة)) (6936)].
(Batil tiada asal baginya) ((Apa jua (bentuk permainan yang berunsur judi) yang melalaikan kamu dari mengingati Allah maka ia (umpama) judi.)) [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6936].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman