TEKS BAHASA ARAB
حديث: "إنه سئل صلى الله عليه وسلم ما الغنى؟ فقال: اليأس مما في أيدي الناس".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Seseorang bertanya kepada Nabi SAW apa itu kaya? Baginda bersabda: tidak bercita–cita (mengharapkan) apa yang ada pada manusia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 67, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني عن ابن مسعود مرفوعا وفي إسناده: متروك: إبراهيم بن زياد العجلي.
Al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan di dalam sanadnya terdapat perawi yang matruk iaitu Ibrahim bin Ziyad al-‘ijli.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.