Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "إنه سئل صلى الله عليه وسلم ما الغنى؟ فقال: اليأس مما في أيدي الناس".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Seseorang bertanya kepada Nabi SAW apa itu kaya? Baginda bersabda: tidak bercita–cita (mengharapkan) apa yang ada pada manusia.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 67, hadis no. 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني عن ابن مسعود مرفوعا وفي إسناده: متروك: إبراهيم بن زياد العجلي.
Al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan di dalam sanadnya terdapat perawi yang matruk iaitu Ibrahim bin Ziyad al-‘ijli.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman