Apa itu Al-Faluzaj?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن جبريل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إن أمتك تفتح لهم الأرض وتفاض عليهم الدنيا حتى إنهم ليأكلون الفالوذج فقال النبي صلى الله عليه وسلم وما الفالوذج؟ فقال يخلطون السمن والعسل فشهق النبي صلى الله عليه وسلم شهقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Jibril datang kepada Nabi SAW lalu dia berkata: Sesungguhnya umatmu akan dibukakan bagi mereka kemewahan bumi, dilimpahkan ke atas mereka dunia, sehingga mereka boleh menikmati Al-Faluzaj. Lalu Nabi SAW bertanya: Apa itu Al-Faluzaj? Jibril menjawab: Mereka mencampurkan minyak sapi dan madu, lalu Rasullullah menangis teresak-esak.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 179, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن أبي الدنيا عن ابن عباس مرفوعا ولا أصل له.

Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW), Hadith ini tidak ada asal baginya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs