Antara yang terawal masuk syurga dari kalangan umat ini adalah Abu Bakar dan ‘Umar

TEKS BAHASA ARAB

أول من يدخل الجنة من هذه الأمة أبو بكر وعمر وإني لموقوف مع معاوية للحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara yang terawal masuk syurga dari kalangan umat ini adalah Abu Bakar dan ‘Umar. Sesungguhnya aku akan berdiri bersama Muawiyah untuk melalui proses hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ عَلِيٌّ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَإِنِّي لَمَوْقُوفٌ مَعَ مُعَاوِيَة لِلْحسابِ. أخرجه ابْن الْجَوْزِيّ فِي الواهيات وَفِي اللِّسَان هَذَا أولى بِكِتَاب الموضوعات.

“Ali berkata: Antara yang terawal masuk syurga dari kalangan umat ini adalah Abu Bakar dan ‘Umar. Sesungguhnya aku akan berdiri bersama Muawiyah untuk melalui proses hisab.” Ibn al-Jawzi meriwayatkan hadith ini dan meletakkan hadith ini dalam kategori hadith yang terlalu lemah. Dalam kitab al-Lisan menyebut: Hadith ini lebih layak untuk ditulis sebagai hadith palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs