Antara yang sedikit diberikan kepada kamu adalah keyakinan dan kesabaran

TEKS BAHASA ARAB

إن من أقل ما أوتيتم اليقين وعزيمة الصبر. ومن أعطي حظه منهما لو يبال ما فاته من قيام الليل وصيام النهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara yang sedikit diberikan kepada kamu adalah keyakinan dan kesabaran. Sesiapa yang diberikan keduanya, dia tidak akan mempedulikan apa yang terlepas daripadanya, dari bangun malam dan puasa pada siang hari.

STATUS

Tidak Dijumpai

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 68, hadis nombor 65. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الإحياء، قال العراقي: لم أقف له على أصل. وروى ابن عبد البر من حديث معاذ: ما أنزل الله شيئا أقل من اليقين.

Disebutkan dalam al-Ihya’. Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpai asalnya. Ibn ‘Abd al- Barr meriwayatkan daripada hadis Mu’az: Tidak ada sesuatu yang diturunkan Allah lebih sedikit daripada keyakinan.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs