Antara yang pernah berlaku kepada Nabi SAW adalah wahyu yang diturunkan pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

كان مما ينزل على النبي صلى الله عليه وسلم الوحي بالليل وينساه بالنهار فأنزل الله عز وجل: (ما ننسخ من آية أو ننسها نأت بخير منها أو مثلها).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara yang pernah berlaku kepada Nabi SAW adalah wahyu yang diturunkan pada waktu malam dan Nabi SAW sudah terlupa pada waktu siang. Lalu Allah menurunkan firman-Nya: “Kami tidak mansuhkan satu ayat, atau lupakannya, melainkan Kami akan datangkan dengan ayat yang lebih baik atau sama baik dengannya”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis nombor 5435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان مما ينزل على النبي صلى الله عليه وسلم الوحي بالليل وينساه بالنهار فأنزل الله عز وجل: (ما ننسخ من آية أو ننسها نأت بخير منها أو مثلها). [ابن أبي حاتم، الضعيفة (5289)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Antara yang pernah berlaku kepada Nabi SAW adalah wahyu yang diturunkan pada waktu malam dan Nabi SAW sudah terlupa pada waktu siang. Lalu Allah menurunkan firman-Nya: “Kami tidak mansuhkan satu ayat, atau lupakannya, melainkan Kami akan datangkan dengan ayat yang lebih baik atau sama baik dengannya”. [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5289]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.