Antara yang dijanjikan ketika perjanjian dengan wanita: Supaya tidak bercakap dengan lelaki, kecuali jika seorang mahram

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان فيما أخذ [لما بايع النساء]: ألا تحدثن الرجال، إلا أن تكون ذات محرم؛ فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara yang dijanjikan ketika bai’ah (perjanjian) dengan wanita (termasuklah): supaya tidak bercakap dengan lelaki, kecuali lelaki tersebut merupakan mahram (perempuan tersebut), sesungguhnya seorang lelaki akan terus bercakap dengan wanita sehinggalah keluar air mazi dari celah pahanya.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis nombor 4359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن قال: ((كان فيما أخذ [لما بايع النساء]: ألا تحدثن الرجال، إلا أن تكون ذات محرم؛ فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه)). [ابن أبي حاتم، ابن سعد، ابن جرير، عب، ((الضعيفة)) (6058)].

(Munkar)
Daripada al-Hasan al-Basri berkata: “Antara yang dijanjikan ketika bai’ah (perjanjian) dengan wanita (termasuklah): supaya tidak bercakap dengan lelaki, kecuali lelaki tersebut merupakan mahram (perempuan tersebut), sesungguhnya seorang lelaki akan terus bercakap dengan wanita sehinggalah keluar air mazi dari celah pahanya.”
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat, Ibn Jarir dalam tafsirnya dan Abd al-Razzaq dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6058].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.