TEKS BAHASA ARAB
من فتنة العالم أن يكون الكلام أحب إليه من الاستماع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara ujian orang berilmu ialah lebih suka bercakap daripada mendengar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 197, hadis nombor 372. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكر الحديث بطوله في الإحياء، وقال العراقي: رواه أبو نعيم وأبن الجوزي في الموضوعات وكذا ذكره في المختصر.
Hadis ini disebutkan secara panjang lebar dalam kitab al-Ihya dan al-’Iraqi berkata: Abu Nu’aym dan Ibn al-Jawzy meriwayatkannya dalam kitab al-Mawdu’at dan beginilah dia sebutkan dalam kitab al-Mukhtasar.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.