Antara tanda-tanda kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من أشراط الساعة: أن يمر الرجل في المسجد، لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، وأن يبرد الصبي الشيخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara tanda-tanda kiamat adalah: Seorang lelaki lalu di dalam masjid namun dia tidak mendirikan solat dua rakaat padanya. Dan seseorang lelaki itu tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dia kenal sahaja. Serta seorang budak kecil memberi arahan kepada orang tua untuk menyampaikan utusan bagi pihaknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis nombor 1118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الجعد، قال: لقي ابن مسعود – رضي الله عنه – رجلا، فقال: السلام عليك يا ابن مسعود، فقال ابن مسعود – رضي الله عنه -: صدق الله ورسوله – صلى الله عليه وسلم -! سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((من أشراط الساعة: أن يمر الرجل في المسجد، لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، وأن يبرد الصبي الشيخ)). [ابن خزيمة، طب، ((الضعيفة)) (4514)]

(Lemah)
Daripada Abu Al-Ja’d beliau berkata: Ibn Mas’ud telah berjumpa dengan seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata: Assalamu’alaikum wahai Ibn Mas’ud. Kemudian Ibn Mas’ud berkata: Benarlah Allah dan Rasul-Nya SAW. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Antara tanda-tanda kiamat adalah: Seorang lelaki lalu di dalam masjid namun dia tidak mendirikan solat dua rakaat padanya. Dan seseorang lelaki itu tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dia kenal sahaja. Serta seorang budak kecil memberi arahan kepada orang tua untuk menyampaikan utusan bagi pihaknya.
[Riwayat Ibn Khuzaymah dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4514]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs