Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أشراطِ الساعةِ: أن يمرَّ الرجلُ في المسجدِ، لا يصلّي فيه ركعتَينِ، وأن لا يسلمَ الرجلُ إلا على من يعرفُ، وأن يُبردَ الصبيُّ الشيخَ.
Teks Bahasa Melayu
Antara tanda-tanda kiamat adalah: Seorang lelaki lalu di dalam masjid namun dia tidak mendirikan solat dua rakaat padanya. Dan seseorang lelaki itu tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dia kenal sahaja. Serta seorang budak kecil memberi arahan kepada orang tua untuk menyampaikan utusan bagi pihaknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis no. 1118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الجعد، قال: لقي ابن مسعود - رضي الله عنه - رجلا، فقال: السلام عليك يا ابن مسعود، فقال ابن مسعود - رضي الله عنه -: صدق الله ورسوله - صلى الله عليه وسلم -! سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((من أشراط الساعة: أن يمر الرجل في المسجد، لا يصلي فيه ركعتين، وأن لا يسلم الرجل إلا على من يعرف، وأن يبرد الصبي الشيخ)). [ابن خزيمة، طب، ((الضعيفة)) (4514)]
(Daif) Daripada Abu Al-Ja’d beliau berkata: Ibn Mas’ud telah berjumpa dengan seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata: Assalamu'alaikum wahai Ibn Mas’ud. Kemudian Ibn Mas’ud berkata: Benarlah Allah dan Rasul-Nya SAW. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Antara tanda-tanda kiamat adalah: Seorang lelaki lalu di dalam masjid namun dia tidak mendirikan solat dua rakaat padanya. Dan seseorang lelaki itu tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dia kenal sahaja. Serta seorang budak kecil memberi arahan kepada orang tua untuk menyampaikan utusan bagi pihaknya. [Riwayat Ibn Khuzaymah dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4514]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman