Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ شكرِ النعمةِ: إفشاؤُها.
Teks Bahasa Melayu
Antara tanda mensyukuri nikmat adalah dengan: Menceritakannya.
Sahabat Perawi
- Qatadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis no. 445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قتادة، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من شكر النعمة: إفشاؤها. [عب، ((الضعيفة)) (4524)]
(Daif) Daripada Qatādah beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Antara tanda mensyukuri nikmat adalah dengan: Menceritakannya. [Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4524]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman